Wednesday, November 17, 2004
kasih ufuk rindu 13
“Apa kabar nak?”lembut Datin Horsia memeluk gadis itu.
Tidak dapat menafikan perasaan keibuannya.Dia menyenangi gadis itu.Walaupun dulu dia pernah melihat Andrian merana kerana kasih yang tidak kesampaian pada In,kali ini dia berdoa agar jodoh mereka sampai.
Dia tahu,bukan silap In bila menolak Andrian empat tahun dulu.Dia sedar itu semua.Kini dia mengharapkan agar doanya untuk bermenantukan gadis itu tercapai.Sebaik baik gadis yang pernah dikenalinya yang didampingi Andrian.
“In baik mak cik.”jawab In perlahan.Dileraikan pelukan wanita itu.
“Anak anak mana?”Tanya Datin Horsia lagi.Memerhatikan rumah yang telah dikemas, tampak cantik benar fikirnya.
“Mereka ke Terengganu mak cik.Mengikut ibu arwah abang Haris.”ujar In perlahan.Dia menghidangkan mee goreng bersama air oren buat wanita yang lemah lembut itu.
“Jemput makan mak cik.Ini aje yang ada kat rumah In ni.”ujar In,tidak menyangka akan menerima kunjungan wanita itu.Nasib baik dia tidak keluar,baru tadi dia berkira kira mahu membeli belah.
“Alhamdulillah nak.Ini pun dah cukup In.”tersenyum senang melihat hidangan itu.Terasa betapa kasihnya tumpah buat gadis itu.Sesuai benar dipasangkan dengan Andrian,bisik hati kecilnya lagi.
“Sesat mak cik mencari rumah In ni.Nasib baik ternampak In tengah buang sampah.”ujar Datin Horsia.Geli hati pula bila mengingatkan dia mencuri curi mencari alamat rumah In dari diari anak lelakinya itu.
“Kenapalah Rean tak hantar mak cik.Kalau jadi apa apa kan susah.”rungut In.Mana tahu wanita itu ditimpa bahaya hanya kerana mencari rumahnya.
“Dia sibuk lah tu In.Tak apa,mak cik dah jumpa In.Dah lama rasanya kita tak jumpa kan.”Datin Horsia galak memandang In kelihatan bagai memarahi Andrian.
Saat itu dirasakan bagai In telah menjadi anak menantunya.Mmm…kalau aku dapat cucu mesti cantik macam In.Hati nakalnya berbisik.
Petang itu dihabiskan masa melayani Datin Horsia.Macam macam petua masakan yang di pelajari dari wanita ramah itu.Dia diajar bagaimana mahu menjaga tanaman di taman, mahu memelihara keindahan taman.
Bagi In wanita itu wanita serba boleh.Semua diketahuinya.Dari masakan hinggalah ke hiasan taman diluar rumah.Banyak ilmu yang boleh ditimba dari wanita itu.Saat itu hati dipalu mengingati ibu kandungnya.Mak!In rindukan mak!
“Kenapa mama ni?”Andrihilda pelik melihat perangai mamanya.Sejak tadi dia dan Andrian memerhatikan lain benar perangai mamanya malam itu.
“Kenapa mama tersenyum sorang sorang ni?Mama buat kami risau.Ini mesti rindukan papa lah ni.”serkap jarang Andrihilda melihat reaksi mamanya itu.
“Mama,papa ke Penang tu sekejap je.”usik Andrian.
“Angah tau tak,senyuman mama ni sama macam senyuman angah bila angah balik dari rumah kak In.”usik Andrihilda tiba tiba teringatkan gelagat Andrian sebaik saja pulang dari rumah In dulu.
Terlongo Andrian mendengar kata kata adiknya itu.Tapi mama mana tau alamat In.
“Mama jumpa In tadi.”sebaris ayah Datin Horsia mengejutkan Andrian dan Andrihilda.
“Mana mama tahu alamat In?”pantas Andrian bertanya.
“Mama ambil dari diari Rean.Rean dengar apa mama nak cakap ni.”tegas suara Datin Horsia saat itu.
“Mama hanya mahukan In sebagai menantu mama.Mama takkan terima gadis lain sebagai isteri Rean.
Bawa dia pulang kerumah kita sebagai isteri Rean.Mama dah jatuh sayang pada dia.Mama rasa hidup mama sempurna kalau Rean kawin dengan In.”ucap Datin Horsia.Mengengam erat tangan anak lelakinya itu.
“Mama!”terkejut Andrian mendengar kata kata mamanya itu.Kelakar melihat gelagat mamanya yang melebihi dari dirinya sendiri.
“Janji dengan mama ya?”pinta Datin Horsia lembut pula kali ini.
Tiba tiba tawa Andrihilda meletus.
“Betulkan kata Hill,mama mesti pergi jumpa kak In.”usikan Andrilhilda mengamatkan suasana.Tergelak Andrian kali ini.Kelakar melihat mamanya pula yang bersungguh sungguh mahu menjadikan In sebagai menantunya.
“Mama cakap serius Rean!”satu cubitan singgah pada lengan Andrian.Geram dilihatnya anak yang mentertawakannya.
“Mama!Rean tahu mama sayangkan Rean.Tapi kalau In tak suka kat Rean nak buat macamana?”sengaja dia mahu mengusik mamanya itu.
“Antara semua perempuan yang Rean kenal,mama lihat In yang terbaik.Mama tak mahu dia terlepas ketangan orang lain.”terdengar keluhan dari bibir Datin Horsia mendengar kata kata Andrian saat itu.Benar,kalau Andrian saja yang menyimpan perasaan pada In tak ada ertinya.
“Maafkan Rean mama.Rean bergurau aje.”timbul rasa bersalah bila mendengar keluhan mamanya saat itu.
“Rean sayangkan In dan Rean rasa In mula terima kehadiran Rean.Cuma mama bersabarlah, lambat laun nanti In akan terima Rean.Kita berikan masa pada In,ya mama?
Insya Allah,kalau di izinkan In akan jadi menantu mama tak lama lagi.”ujar Andrian. Mahu meredakan perasaan mamanya.Saat itu dia tahu mamanya amat menyayangi In. Sama seperti dirinya yang terikat pada gadis itu.Hati mekar bila mengingatkan In,rindu mengetuk pintu hati saat itu.
“In tak sayangkan mak?”terdengar esakkan halus Puan Zainon.
“Mak,In tak pernah terniat nak lukakan hati mak.In minta maaf mak.In tak boleh balik semula kerumah tu.”dia menjawab.Memandang Puan Zainon yang menangis.
“Kan rumah tu rumah In juga.Atau In marahkan mak?”dia bertanya,mendongak memandang anak gadis yang didepannya itu.
“Mak,In minta maaf mak.In tak boleh balik kerumah tu lagi.In tak tahu mak,bukan In tak suka dengan uncle Farhan tu,tak.Uncle baik dan In tahu mak gembira dengan kehidupan baru mak tu.
Tapi In tak boleh terima yang mak In dah ada keluarga baru mak.In minta maaf,tapi buat masa ni In masih belum dapat menerima mereka.In tahu mak sayangkan In,tapi hati In terluka mak.Masih berbekas.
In tak pernah sekali kali pun membenci mak ataupun uncle Farhan sekeluarga tapi susah mak.Susah untuk In menyesuaikan diri dengan mereka.
In tak dapat nak paksa hati In lagi.Hati In kata yang In tidak gembira disana mak.In minta maaf”dia bersuara lembut,mahu wanita itu memahaminya.Dia tidak mahu ada antara mereka yang terluka lagi.Dia sayangkan ibunya,iya dan tidak dapat dinafikan sekali kali dia menyangi wanita itu.Tapi hatinya masih berbekas,masih belum lembut lagi.
“Jadi,In nak tinggal terus disini?”dia bertanya,masih terdengar dengar lagi luahan hati In.
“Iya mak.Mak masih boleh datang melawat In bila bila masa aje mak.In nantikan kedatangan mak.”Dia memeluk ibunya yang kelihatan mula memahami.
“Tapi tak boleh ke kalau In tak berhenti dari syarikat uncle tu?”dia bertanya,terkejut bila diberitahu suaminya anak kesayangannya itu meletakkan jawatan.
“Pasal tu,memang In tak nak mak.In ingat nak cari pengalaman kat tempat lain.Lagipun dah lama sangat In disana rasa bosanlah.”dia memberikan alasan.
Kalau boleh tidak mahu lagi berhutang budi dengan keluarga tirinya itu.Dia punya pengalaman dan pelajaran yang pernah arwah ayah berikan,rasanya dia boleh bina kerjaya sendiri tanpa bantuan sesiapa.
“Mak kesal In,kesal kerana hubungan kita jadi begini kerana mak tak fikirkan hati In.”
“Mak,jangan cakap macam tu.Jodoh mak dengan uncle Farhan memang dah tertulis, nanti perlahan lahan In akan menerimanya.Percayalah mak.In masih lagi anak mak yang dulu,cuma berilah In masa,ya mak.”dia memujuk ibunya.Pertama kali setelah tiga tahun dia terasa dekat kembali dengan ibunya itu.
“Mak kita masak sama sama nak tak?In rindulah nak masak macam dulu.”In bersuara riang,kini dia mahu bersama sama memainkan peranan untuk memulihkan kembali hubungan mereka seperti satu masa dulu.Hari itu In benar benar gembira.
Dia percaya hari itu adalah permulaan kepada pemulihan semula perhubungan mereka.Mereka memasak bersama,kemudian selesai memasak sama ke kedai,In ingin membela kucing dan arnab pula.Untuk dijadikan teman Haikal dan Danial.
Ah,rindu pada anak anak itu.Semalam mereka menghubungi dia dari Terengganu,kesana bertemu saudara jauh. Petangnya masa dihabiskan bersama ibu untuk menanam pokok pokok bunga disekitar halaman rumah yang masih lagi kosong.Mereka benar benar seronok,masing masing gembira.Dah terlalu lama rasanya tidak mereka menikmati kegembiraan bersama.
“Aku gembira kau dah berubah In.Hidup mesti diteruskan.Abang Zaidi tentu tak mahu kau bersedih buat selama lamanya kerana dia.Mama pun sedih bila kau selalu menangis.”ujar Fidah lembut.
Dia memerhatikan In mengangah anak sulongnya yang berusia tiga tahun itu,Zayed namanya.Mengambil sempena mengingati nama Zaidi.
“Betul In,mak long gembira lihat In macam sekarang ni.”Datin Marim mengengam erat jemari lembut In.
Anak saudara kesayangnya itu.Terkilan kerana tidak dapat melihat In dan Zaidi mencipta kebahagiaan bersama.Namun sesungguhnya dia bersyukur setelah melihat In berubah.
Tidak lagi menangis bila dibicarakan soal Zaidi.Kini wajah itu kelihatan tenang dan damai bila menyentuh soal Zaidi.
“Tempat abang Zaidi dalam hati In tetap kekal macam dulu mak long.Sayang In pada abang takkan mati sampai bila bila.”ujar In lirih.Kepedihan bertamu saat itu,tapi ditelan jauh kedalam perut.
“Cari pengganti In.”ujar Datin Marian telus.Dia tidak mahu In menghabiskan masa mudanya dengan mengenangkan anaknya yang telah lama tiada.
“In akan cari mak long,tapi bukan sekarang.Sukar nak jumpa lelaki yang sayangkan In macam abang Zaidi sayangkan In.”pelahan In bersuara.Masih leka memangku Zayed.
“Andrian!”sepatah nama itu lahir dari bibir Fidah,menjadikan In tersentap.Mengapa soal Andrian yang dibangkitkan tiba tiba.Namun perlahan lahan dia menyedari kasih yang dicurahkan Andrian padanya sama seperti Zaidi mengasihi dirinya.Kedua duanya tidak mahu menyakiti hatinya.
Menyayangi sepenuh hati dan menyintai penuh keikhlasan. Terbayang diruang mata betapa prihatinnya Andrian waktu dia dalam kesedihan,betapa ikhlasnya lelaki itu mahu memulihkan perasaannya yang berkecai.Namun cintakah Andrian padaku setelah aku menolaknya dulu?Cintakah aku padanya? Soal hati In,dia tak punya jawapan.Biarlah…fikirnya.
“Dua hari lepas mak anjang ada datang,kami bercerita sikit.Dan kami tahu Andrian sayangkan kau.”ujar Fidah tenang.Memandang wajah In yang sudah tidak senang bila berbicara soal Andrian.
“Betul In,dari pandangan mata mak long,Rean pengganti paling cocok dengan In.”ujar Datin Mariam lagi.
“Biarlah mak long.Kalau ada jodoh biar ia datang sendiri.”ujar In.Malas lagi mahu berbicara soal dirinya.Tidak mahu dirinya dikaitkan dengan Andrian.
Entah mengapa, tidak selesa rasanya bila nama anak muda itu disebut.Hati terasa bergetar tatkala nama itu didengarinya.Mengapa kau wahai hati?Bisiknya sendiri.
“Pak long bila balik kesini mak long?”lantas dia menukar topik perbualan.
“Lusa In.Pak long kamu tu asyik ke Singapura je kerjanya.Kadang kadang mak long rasa kat sana pulak rumah dia.”membebel Datin Mariam mengingatkan suaminya itu.
Tertawa In dan Fidah mendengar butir bicara Datin Mariam yang berbaur cemburu.
In berjalan sendirian.Memerhatikan novel terbaru yang tersusun indah diatas rak premis itu.Hati ditarik mengambil sebuah buku.Dibaca judul dikulit depannya, Diari Sayang.
Tersenyum In memerhatikannya.Itulah novel pertama yang dibelinya dulu.Dulu warna kulitnya purple tapi entah dimana diletaknya novel itu.Hilang,tidak tahu kemana.Di letakannya kembali novel itu diraknya.Tidak tergerak pula untuk membelinya.Dia melangkah menuju ke rak buku resepi masakan pula.
Teringat barang dapur yang berlambak dalam peti sejuknya.Pasangan kembar itu tiada,lambat lah habisnya.Dia menarik sebuah buku.Resepi Keluarga judulnya.Diselak halaman demi halaman.Mata terhenti pada sebuah resepi, Ayam Bakar Ala Pecik.
Nampak sedap,bisik hati kecilnya. Dia berfikir seketika,teringatkan lauk pauk yang tersimpan didalam peti sejuk.Serai, halia, santan..semua ada.Ayam pun ada dia tersenyum.Masih berkhayal lagi mengingatkan bahan bahan untuk lauk itu nanti.
“Opocot mak kau!”terlatah In bila seseorang menepuk bahunya.Terkejut disergah begitu.
“Rean?”bulat mata memandang Andrian yang sedang bergelak ketawa.
“Apa pasal tak bagi salam.Buat orang terkejut aje!”gumamnya.Marah melihat Andrian bergelak tawa begitu.
“Awak tu berkhayal sampai tak nampak orang!”usiknya lagi.Memang tadi sengaja dia berulang alik didepan In dua tiga kali tapi langsung gadis itu tidak menyedari kehadirannya.Boleh buat derk aje!
“Buat apa kat sini?”soal In,malu bila Andrian nampak dia berkhayal.
“Ikut In!”nakal dia menjawab.Sudah membuntuti langkah In yang menuju ke kaunter bayaran untuk membayar harga buku resepi yang dipegang sejak tadi.
“Orang tanya betul betul dia main main pulak!”dikerlingnya Andrian yang tersenyum disisinya sejak tadi.Anak muda itu kelihatan santai dengan hanya memakai t-shirt berkolak dan seluar jeans.
“Betul apa Rean cakap.Tadi Rean hantar mama kerumah mak long.Lepas tu ternampak kereta In baru keluar.Rean Tanya Fidah,dia kata In nak pergi mall.Kebetulan lepas tu Rean nampak In baru keluar dari pam minyak,terus ikut In kesini.”diperhatikan In yang hanya menggelengkan kepala mendengar kata katanya.
“Tak ada kerja lain ke?”marah In,suaranya sedikit tinggi.Tidak bermaksud untuk meninggikan suara pada lelaki itu,tetapi tiba tiba sahaja kata kata Fidah dan mak longnya sebentar tadi melintasi benaknya.Benarkah Andrian pilihan paling layak selepas Zaidi? Hatinya berdegup kencang.Tidak selesa dengan perasaannya sendiri.
“Marah ke?”usik Andrian lagi,dipandangnya In yang masih mendiamkan diri.
“Kalau In tak suka,Rean balik.”dia sudah berkira kira mahu berlalu,namun langkahnya mati.
“Rean!”In memaut lengan Andrian.Tidak mahu Andrian berlalu dengan rasa kecil hati terhadapnya.Kali ini dia yang bersalah.
“In minta maaf.Bukan In marah,cuma ada sesuatu yang menganggu In.Maaf ya?”dia memandang Andrian yang kelihatan terkejut dengan reaksinya.
Andrian mendiamkan diri,tidak membalas kata kata In.
Tidak menyahut panggilan gadis itu.Bukan dia marahkan In,sengaja.Tiba tiba idea nakalnya datang.Mahu mengusik gadis itu.Mahu melihat gadis itu memujuknya.Selama ini belum pernah dia merajuk dengan In.
Entahlah,sukar untuk mencari sebab untuk marah pada In.Malahan dulu pun sewaktu In menolaknya dia tidak langsung membenci gadis itu.Tapi lain pula jadinya,kasih sayangnya pada In makin bertambah.Pertama kali dalam hidupnya dia ditolak seseorang, kagum melihat cinta In yang hanya pada Zaidi saat itu.Betapa dia sedar dia takkan mampu menyintai wanita lain lagi selepas In.
“Rean…please.In salah.Jangan buat macam ni.”In bersuara.Risau melihat Andrian masih membisu walaupun lelaki itu menuruti permintaannya untuk duduk di food court untuk menghilangkan dahaga.
“In janji takkan buat macam tu lagi pada Rean.”dipandangnya wajah serius didepan mata. Rasa bersalah bertimpa timpa.
Dia tidak bermaksud untuk menyakiti anak muda yang terlalu banyak membantunya membina kehidupannya semula.Tidak adil dia melayani Andrian begitu sekali.Tidak patut dia mengecilkan hati Andrian.
“Rean.”panggil In setelah mendiamkan diri beberapa ketika.
“In minta maaf.Rean banyak bantu In selama ni.Jahatkan In,buat Rean macam tu. Patutnya In bersyukur kehadiran Rean dalam hidup In memberikan erti semula dalam dalam hidup In.
Rean yang bantu In mencari diri sendiri,terlalu banyak yang Rean lakukan untuk In.In tak mahu Rean marah In macam ni.Rean hukumlah In dengan apa cara sekali pun.Bencilah In kalau Rean mahu.Tapi..”sukar In mahu meneruskan bicaranya. Suaranya sudah serak menahan hati.
“Tapi Rean jangan pinggirkan In macam ni.Jangan membisu macam ni.”Air mata sudah mula menuruni pipi gebunya.
Tersentuh bila melihat Andrian begitu.Belum pernah sepanjang hubungan mereka,malahan waktu dia menolak Andrian empat tahun lalu tidak pernah sekali pun Andrian membisu begitu.Keadaan itu menakutkan In.
“In..”Andrian tersentuh melihat air mata yang mengalir saat itu.Kekesalan bertamu,tak sepatutnya dia mengusik sampai gadis itu menangis begitu.Perlahan tangan kasarnya menyapu air mata In yang jatuh.
In mengangkat wajah memandang Andrian.Dibiarkan tangan Andrian diwajahnya.Tidak mempedulikan mata yang mencuri pandang melihat gelagat mereka saat itu.
“Jangan menangis.Rean tak apa apa.Jangan seksa Rean macam ni.Don’t cry.Rean tak suka In menangis macam ni.Hati ni sakit.”ujar Andrian.Tanganya dibawa kedadanya.
“In tahukan,Rean tak boleh marah pada In.Rean sayangkan In.Tak ada istilah benci dalam diri ini buat In.Dulu,sekarang mahu pun akan datang.Tidak ada In.”
Andrian memujuk lagi.Digengam erat jemari In.
In menganggukan kepala.Biarlah,dia tidak mahu Andrian bersikap seperti tadi.Takut kalau Andrian benar benar meminggirkannya.
Namun belum lama air mata In kering tiba tiba tawa Andrian terburai.Pelik In melihat Andrian yang ketawa ketawa itu.
“Kenapa Rean?”pelik melihat perubahan sikap Andrian.Tadi lelaki itu kelihatan benar benar serius sekarang ini sedang ketawa,bagai ada sesuatu yang mencuti hati kecilnya saat itu.
“Rean kongsilah,jangan gelak sorang aje.”usik In namun perasaan pelik masih memenuhi ruang hatinya.Betapa cepatnya Andrian berubah.Tadi membisu,kemudian memujuknya dan kini sedang tertawa gembira.
“Sebenarnya tadi tu Rean saja nak usik In.Tapi tak sangka pula In serius macam tu,belum pernah tau In pujuk Rean tadi tu ingatkan nak rasalah macamana In pujuk Rean.Tapi terbalik pulak.Lastly Rean pula kena pujuk In.”terhambur tawa nakalnya bila melihat In melopong mendengar kata katanya.
“Ya Allah!Dia ni kesitu pulak perginya.Buat habis air mata In aje!”geram In bersuara. Satu cubitan singgah ke lengan Andrian.
“Aduh!Sakitlah In!!” Andrian mengaduh,namun masih ketawa kuat.Tidak langsung mengendahkan mata mata yang memandang.
Wajah In sudah merona merah.Malu melihat Andrian ketawa begitu.Namun tidak lama bila akhirnya dia turut sama menyertai Andrian yang masih ketawa nakal.
Andrian termenung dibilik pejabatnya,kerja kerja telah pun selesai.Kini dia cuma menanti keputusan tender yang bakal diketahui minggu depan.Tiba tiba bibir mengukir senyuman. Teringatkan kenangan bersama In.
Ah,rasa rindu memenuhi ruang hatinya.Hati di selubungi rasa rindu pada gadis itu.Kenangan sewaktu bercuti terbayang diruang mata. Sejak kembali ketanah air dimelihat perubahan demi perubahan yang berlaku pada gadis itu. Dia melihat pelbagai keadaan In.
Dari seorang gadis yang bersemangat dia bertukar menjadi seorang yang pemurung dan suka menyendiri dan keajaiban berlaku lagi bila kini gadis itu telah kembali pada dirinya sendiri.In telah mampu tersenyum kini.Gurauan dan kata kata yang diucapkan gadis itu sebagai bukti.In kini lebih bersikap optimis malahan menjadi semakin tabah.
Dia termenung lagi,gusar pula memikirkan hasrat yang terpendam sejak sekaian lama.Takut rasanya untuk mengulangi memori semalam.Masih diingat lagi sewaktu dia melamar In empat tahun lalu.Takut kalau kalau kali ini In menolaknya lagi.
Namun dari pemerhatiannya dia yakin In menyukai dirinya.In kini bukan lagi In yang pernah seringkali mengelakkan diri bila bertemu dirinya seperti dulu.Gadis itu tidak lagi pernah menolak bila dia minta bertemu,malahan In semakin mesra dengannya.
Ada ada saja perkara yang mereka bincangkan bila bertemu,kata kata gadis itu menjadikan dia bermimpi disiang hari.Gagang diangkat dia mendail kepejabat gadis itu.Sesuatu yang sungguh memeranjatkan.Gadis itu telah berhenti.In berhenti kerja!
Itulah yang di dengarinya dari Nasreen,setiausaha In.Kelam kabut dia mendail telefon bimbit In. Seingatnya In tidak pernah menyentuh soal berhenti kerja.Memang tidak pernah sekali pun In menyatakan perkara itu kepadanya.Apa yang berlaku?Pelik dia memikirkan gadis kesayangannya itu.
“Hello..”Andrian lega bila terdengar suara In dihujung talian sana.
“Kenapa berhenti tak beritahu?”Andrian bertanya,soalan pertama yang diajukan pada In sebaik saja panggilannya berjawab.
“Rean?”terkejut In disergah soalan itu tiba tiba.Tadi tidak sempat melihat nama pemanggil terus dia menjawab.Senyuman segera terukir indah,baru tadi dia memikirkan Andrian,kini sudah pun didengari suara lelaki itu.
“Kenapa In berhenti tak bagi tau?”diulanginya pertanyaan itu sekali lagi.Kali ini lebih serius pada pendengaran In.
“Saja.”sepatah dia menjawab.
“Saja!”tekan Andrian.Geram dengan kata kata In yang masih bermain main.
“Mmm…eh,Rean tak ada kerja ke?”dia pula bertanya,sekarang ni baru pukul sepuluh pagi.
“Kerja berlambak,tapi tadi masa Rean call ofis In mereka kata In dah berhenti,terus Rean call In.Nak tahulah In sakit ke,demam ke?”geram dia bersuara.Seminggu lepas sewaktu mereka bertemu,langsung gadis itu tidak menyentuh soal perletakkan jawatannya.
“Janganlah marah.Macam tu pun nak marah ke?”In masih mahu mengusik.Dah hampir seminggu tidak ketemu dan berbual dengan Andrian.Masing masing sibuk.Lagipun projek kerjasama mereka dah tamat,rasanya tidak perlu lagi menghubungi lelaki itu.Takut nanti lama lama terbongkar rahsia yang cuba disembunyikannya itu.
“Rean nak jumpa In boleh?”dia menyuarakan isi hati.Dah dekat seminggu tidak bertemu pujaan hati.Rasa rindu mengetuk jiwa.
“Sejak bila jumpa In minta izin ni?”dia bertanya,kelakar rasanya cara Andrian bersuara.
“Sejak Rean dah pandai rindu pada In.Boleh jawapan tu?”dia bertanya lagi.Geram dengan gelagat In.Gadis itu masih mahu mengusiknya.
“Rindu?!”terdengar gelak tawa yang meledak,gadis itu seronok ketawa.
“Mmm,puas hati?”dia menjawab,lembut.In mampu meredakan perasannya.Gelak tawa gadis itu mencairkan hati lelakinya.Gelak tawa In menenggelamkan semua perasaan tidak enaknya.
“Boleh tu boleh,tapi tak boleh sampai malam sangat.In takut,lagipun In tinggal sorang, nanti kalau pencuri masuk rumah mati In.”dia bersuara.Bukan apa,sejak kebelakangan ni berlaku kejadian pecah rumah berhampiran dengan rumahnya.
“Kelakarlah In ni,hari tu bukan main lagi.”gilirannya pula mengenakan gadis itu.
“Tapi Rean tau tak In dah ada kawan baru tau.Handsome.”nakal dia mengusik lelaki itu, tangan membelai bulu kucing Parsi berwarna putih yang baru dibelinya.
“Kawan?Kawan mana pulak ni?”dia bertanya,terngia ngia kata kata In, Handsome! Duduknya dah tidak stabil.Cemburu mula menyerang hingga ke kepala.
“Mmm,putih melepak.”
“Mat salih ke?”dia serkap jarang.
“Tak tahu pula.In lupa nak tanya tokei kedai tu,dia keturunan apa.”gadis itu ketawa nakal.Berjaya juga mengenakan Andrian.
“Tokei kedai?”ada ke orang jual orang sekarang ni?Pening dia memikirkan kata kata In.
“In beli,cantik tau.”
“Pets?”dia bertanya,mula dapat menangkap maksud gadis itu.
“Cat’s.Bulu dia cantik.”
“In buat Rean cemas aje.Kalau In ada Rean cubit In tau.”dia mengugut.Geram kerana dipermainkan In,namun dia riang.Gadis itu mahu bergurau senda dengannya.
“Iyalah tu.”dia ketawa.“Rean,okeylah.Rean tentu sibuk kan.In tak nak ganggu Rean lama lama.”dia ingin mematikan perbualan mereka.
“Okey,so kita jumpa malam ni?”pinta Andrian lembut.
“Dimana tu?”kedengaran gadis itu bertanya.Andrian tersenyum.
“In tunggu dekat rumah,Rean ambil pukul lapan,okey?”dia meminta
persetujuan.Ada kejutan buat gadis itu.
“Okey,eh…Rean In ada nak cakap ni.”dia bersuara sebelum memutuskan talian.
“Apa In?Rean dengar ni.”perlahan dia bersuara,sabar menanti butir bicara In seterusnya.
“In rasakan kucing ni keturunan mat salih lah.Mata dia biru!”serentak itu kedengaran ketawa In dan talian diputuskan.
Andrian tersenyum lebar,gagang telefon direnungnya. Nakal kau In!In telah kembali menjadi dirinya yang dulu,tidak mahu kalah bila berbicara. Kata katanya yang nakal mencuit hati.Tak sia sia percutian indah itu. Andrian tersenyum mengingatkan percutian di Langkawi hampir dua bulan lalu.Hatinya berbunga ceria. Tidak sabar menantikan malam yang bakal menjelma.
“Rean ada sesuatu nak beritahu In tau.”matanya bersinar merenung gadis itu.
“Apa ni?Macam rahsia sangat aje.”dia mengusik.Makan dah makan,nak apa lagi.
“Rahsia besar.Rahsia hati Rean.In tunggu sini,Rean nak sampai kan sesuatu pada In.” Andrian bangun,pelik In melihat gelagat Andrian.Nak cakap dengan aku dah tu dia pergi tempat lain pulak.Dia mengelengkan kepala,pening dengan sikap romantik Andrian malam itu.Pandangan dialih ke luar,dapat menikmati keindahan menara KLCC.Begitu indah.Sempat lagi dia bermenung.
“Lagu ni,ditujukan istemewa buat seseorang yang istemewa dalam hidup saya,My Charming lady.Happy birthday sayang.Terimalah istemewa buat Intan Xarfisda.”bergema suara itu memenuhi restoran yang penuh dengan pengunjung itu.
In terkejut,mendengar nama dipanggil. Terkaku bila sinaran lampu dihala kearahnya,kelihatan Andrian sudah pun berada dipentas,siap untuk menyanyi.Tersentak!Dia pun tidak perasan hari ini adalah hari kelahirannya.Genap usianya dua puluh lapan tahun.
For all the time you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For earsy dream you made come true
For all the love I found in you
I’ll be forever thank ful baby
You’re the one who held me up
Never me fall
You’re the one who saw me thru
Thru it all You were my
Strenght when I was weak
You were my voice when I couldn’t speak
You were my eyes when I couldn’t see
You saw the best there was in me lifted me up
When I couldn’t reach
You give me faith coz you you believe I’m everyting I’m
Because you loved me
Terpana In mendengar biat biat lagu itu,tertusuk kalbunya dengan kata kata lagu nyanyian Celine Dion itu.Becaused You Loved Me!Dia berdebar debar,apa yang Andrian lakonkan ni?In kebingungan.
“In,will you be my wife?”terdengar suara Andrian mengamatkan suasana,pengunjung lain semua memerhatikan dirinya.Masing masing diam mahu mendengar jawapannya.
In terkujat.Dia keliru.Dia semakin keliru bila Andrian semakin menghampiri dirinya.In ketakutan,ketakutan semalam bermain dimata.Tidak semena mena dia takut.In berlari, berlari meninggalkan ruang makan itu.Mereka yang lain terkejut menerima reaksi itu.
Andrian terkejut dengan reaksi In.Tidak menyangka akan menerima reaksi itu.Pantas dia berlari mengejar gadis itu.Memekik dia memanggil nama In.
“In,hey.Kenapa ni sayang?”dia bertanya memeluk pinggang In.Langkah In berjaya disekat. Mereka kini sedang didepan pintu restoran.Andrian tidak peduli.
“In tak mahu!”In mengelengkan kepala.Kaku bila mendengar kata kata Andrian sebentar tadi.Dia seolah olah bermimpi.
“Kenapa?In taukan selama ni Rean tunggu In.Rean sayangkan In.”dia memaut lembut bahu gadis itu.Memerhatikan mata ayu yang mula disirami air.Perlahan dia mengesat air mata yang laju menuruni pipinya.
“In tahu,tapi…..”
“Kenapa?In tak sukakan Rean?In ada orang lain?”bertalu talu pertanyaan dikeluarkan.
“No!Bukan macam tu.In…In.”dia teresak,masih terbayang malam itu,pada malam yang sama.Malam ulangtahun kelahirannya tiga tahun lalu.Zaidi melamarnya malam itu.
Tidak terbayangkan kegembiraan yang dinikmati waktu itu.Tapi tidak lama bila Julia menghancurkan impiannya.Bertalu talu ditikam dada bidang Zaidi,darah memercik kesana kemari dan akhirnya apa yang paling ditakutinya terjadi juga,In kehilangan Zaidi.
“Rean tak tahu,In bawa malang.Dulu semasa harijadi In yang ke enam belas kak long pergi meninggalkan In.In kecewa.Malam tu kak long beri hadiah yang paling bermakna buat kami sekeluarga,Haikal dan Danial
.Sebab itulah In tak pernah sambut harijadi sendiri sejak itu.Lepas tu In kehilangan abang Zaidi enam tahun kemudian.Semuanya kerana In!”Tangisannya pecah saat itu.Memang dah lama dia melupakan harijadinya.
“Malam tu juga abang Zaidi lafazkan ucapan cinta,dia lamar In.In gembira,memang In gembira,tapi tak lama.Dua jam lepas tu abang Zaidi pergi.Dia tinggalkan In untuk selama lamanya Rean.Sekarang ni Rean nak ulangi kembali memori lama.In tak nak Rean jadi macam abang Zaidi.In tak mahu.”dia menangis,betapa sedihnya bila mengingatkan kisah lalu.
Perit,dan kini dia tidak mahu Andrian menerima nasib serupa.
“Sayang.”ucap Andrian,mengucup pipi gebu gadis itu,dia membawa In kedalam dakapannya.
“Ajal dan maut ditentukan Tuhan In.Rean sayangkan In tak kira apa yang berlaku.Rean tahu,In pun sayangkan Rean kan.”dia membelai gadis itu.Ingin meredakan perasaan In.“In terpelajar,takkan percayakan semua tu?”dia masih mahu mengusik. Hatinya yakin In menyintai dirinya.Dia tahu,In tidak menolak bila diajak bertemu,In tidak membantah kata katanya.
“Tapi In takut,”perlahan dia bersuara.
“In sayangkan Rean?”Andrian bertanya,mahukan kepastian dari gadis itu.Mahu mencari kepastian dari In..
“Habis tu macamana dengan Fatihah pulak?”kedengaran suara In,dia inginkan penjelasan.Tidak mahu nanti dilukai.Pelukan lelaki itu dileraikannya.Tepat memandang muka Andrian.
“Tihah?”Terkejut Andrian mendengar kata kata In itu.Pelukannya dah pun terlerai.Bulat mata memandang gadis itu.“Apa kena mengena dengan Fatihah pulak?”ujar Andrian, memerhatikan wajah ayu itu. Bergetar hatinya merenung bibir merah basah gadis itu.
“Hari tu masa kita terserempak tengahari tu Rean sikit pun tak nak tegur In.Apa Rean sembunyikan sesuatu dari In ke?”dia bertanya,tiba tiba terasa geram dengan gelagat Andrian waktu itu.Dia memerhatikan lelaki itu yang pada mulanya kelihatan tertanya tanya,namun seketika kemudian wajah itu berubah sedikit demi sedikit dan lahirlah sebuah senyuman yang tampak sedikit berbeza,nampak sedikit nakal.Perlahan lahan ianya bertukar menjadi sebuah tawa nakal.
“Oh!In cemburu rupanya.”dia bersuara,menangkap maksud disebalik pertanyaan itu.
“Cemburu apa pulak.Hari tu dia ada Rean tak nak cakap pun dengan In.Tegur pun tak mahu.Entah entah Rean ada apa apa dengan dia tak?”dia menyoal,geram melihat anak muda itu ketawa.
“Eleh,nak sorok konon.Rean tau In cemburukan?”dia menyoal,memegang bahu In.
“Mana ada.”dia menolak,membentak marah dan menjauh kan diri dari Andrian.
“Sayang,takkan macam tu pun nak marah?”dia menyoal,tersenyum.Dia mengucup pipi lembut gadis itu,membuatkan In terpana.In cemburukan aku dengan Tihah.Sah!dia sukakan aku.Hati berbunga riang.
“Rean yang sakitkan hati In.”dia membentak marah.
“Alah,janganlah marah.Rean dengan Tihah tu tak ada apa apa.Hari tu aje Rean temankan dia pergi kekedai kereta,dia nak beli kereta baru.Rean cuma tolong aje.”dia bersuara perlahan.Masih tidak lekang memandang gadis itu.Terasa betapa damainya perasaannya saat itu.Tangannya memegang kemas tangan In.Tidak mahu lagi melepaskannya.Takut kehilangan gadis itu buat kedua kalinya.
“Apa Fitri tak boleh pergi temankan dia ke?Rean tu yang mengada ngada.”In masih tidak mahu mengalah.
“Fitri kan tak ada kat sini.Dia ke London dah sebulan.”dia menjelaskan pada gadis itu. Tidak mahu In menyangka yang bukan bukan.Pegangan ditangan semakin dikukuhkan.
“Betul?Rean tak tipu In?”dia bertanya,sedikit sebanyak termakan kata kata anak muda itu.Terpujuk dengan kata kata Andrian itu.
“Betul.Tihah dengan Rean tak apa apa.”bersungguh sungguh lelaki itu menganggukkan kepala.
“Dah tu kenapa Rean buat tak nampak aje masa Fatihah tu datang dekat meja In?”dia menyoal masih ada rasa curiga yang bersarang dimindanya saat itu.
“Alah,masa tu Rean saja,tak nak tunjuk.Nanti kalau Tihah tu mengadu dekat mak In macamana?”ujar Andrian,mengusik gadis itu.
“Lagipun…,”kata katanya terhenti takat itu saja.Mata tajam merenung dasar kolam jernih itu.Senyuman dipamerkan,penuh kasih sayang.
“Lagipun apa?”tanya In.
“Lagipun Rean saja nak tengok In ni jelous ke tidak.Sakit hati tau,In buat selamba aje. Pulak tu siap boleh bermesra dengan Tengku Lokman tu.”dia mengusap lembut pipi In. Tangan sebelah lagi dah melingkari pinggang gadis itu.Menjadikan In malu.
“So,betul Rean tak ada apa apa dengan Fatihah?”dia bertanya lagi.Kali ini ada sedikit keyakinan pada anak muda itu.Terbayang segala yang mereka lalui sebelum ini.Sikap Andrian yang cukup mengambil berat menyebabkan dia menyenangi anak muda itu.
“Betul,percayalah.Please,trust me honey.Kalau ada tak payah Rean tunggu In lama lama tau.Hati Rean ni ada In sorang aje.Sejak dulu,sejak pertama kali Rean jumpa In dalam lif dulu.Sejak hari tu hati Rean asyik teringatkan In aje.In pakai guna guna apa?”dia menyoal.Masih mahu bergurau dengan gadis itu.
“Mengarut ajelah Rean ni.Kalau In nak guna guna kan Rean dah lama Rean tu jadi orang bodoh tau!”dia ketawa juga mendengar butir bicara lelaki itu.Tanpa sedar dia memukul manja dada Andrian.Andrian tertawa mendengar celoteh In.Kembali dia membawa gadis itu dalam pelukkannya.
“Tapi ada benda Rean nak tanya lagi pada In.”kata Andrian,kali ini pelukkan kembali terlerai,tapi saat itu Andrian yang meleraikannya.
“Apa dia?”soal In.Memandang muka Andrian.Sejenak dia bagaikan terpukau melihat senyuman manis Andrian.Saat itu dia sedar betapa kacaknya Andrian.
“Tengku Lokman tu ada apa apa dengan In ke?”lancar soalan itu keluar dari bibirnya.
“Tengku Lokman?Kenapa pulak dengan dia?”terkejut mendengar pertanyaan itu.Bekerut seribu dahi In mendengar kata kata lelaki itu.
“Tak adalah,hari tu Rean tengok In dengan dia mesra bukan main.Sakit hati tau!”ada rajuk dalam nada suaranya.
“In tak ada apa apa dengan Tengku tu lah.Dia datang cuma nak ambil Ikal dan Danny. Betul,In tak ada apa apa dengan dia.Selepas abang Zaidi satu satu orang yang In sayangkan hanya Rean aje.”dia bersuara bersungguh sungguh.Hingga terkeluar rahsia yang tersembunyi dari lubuk hatinya.Sesaat kemudian, bila mata Andrian tajam menikam hatinya dan senyuman anak muda itu dilihatnya barulah dia tersedar,merona merah mukanya. Serta merta wajah ditundukkan.Terasa begitu malu saat itu.
“Hei!Sejak bila malu nak tengok Rean ni?”dia ketawa kecil bila In menundukkan muka. Pantas tangannya memaut wajah In.Merona merah muka gadis itu.Kepalang gembiranya mendengar pengakuan In.Satu pengakuan yang terlalu lama ditunggu tunggunya.
“Betul?”dia bertanya sepatah,begitu gemersik menusuk kalbu In.
In tersipu,kalau selama ini dia yang selalu mengusik Andrian kali ini terbalik.
Dia seakan tidak langsung mampu walaupun untuk memandang lelaki itu.Perasaannya gementar, dadanya berdebar debar.Hanya anggukkan kecil diiringi secebis senyuman yang mampu diberikan untuk lelaki itu.Andrian tersenyum senang.Tidak terucap kebahagiaan yang diterimanya saat itu.Kini segala kepahitan lalu berakhir sudah.
Tidak sia sia segala usaha dan penantiannya selama ini.Tidak sia sia segala jerih payahnya dulu meneruskan kehidupan tanpa gadis itu tiga tahun dibumi asing.Kini kemanisan yang dikecapi tidak terhingga.Kemenangan dipihaknya saat itu.Dan sebagai trophi dia kini memiliki In.
Gembira,In menjadi miliknya setelah terlalu lama menunggu.Pengunjung restoran itu turut sama tersenyum memandang pasangan itu. Masing masing mendoakan kebahagiaan untuk mereka.
“Rean tak nak bertunang.Kami terus nikah.”ujar Andrian memandang In yang terkejut mendengarnya.Tangan In digengam erat.Tidak peduli dengan kehadiran mama dan papanya bersama sama ibu dan bapa tiri In.
“Hish…budak bertuah ni.Tak menyabar langsung.”ujar Datuk Andikairul tertawa melihat reaksi anaknya itu.
“Mak, In masuk dulu ya?”In tidak menunggu lama.Tangan direntap perlahan dari gengaman Andrian.Malu bila melihat mereka tersenyum senyum mendengar kata kata Andrian tadi.
Nasib baik sekarang ni mereka dirumahnya.Kalau tidak bertambah malu, mana nak melarikan diri kalau mereka berbincang dirumah unclenya seperti diminta maknya.Mujurlah dia berkeras mahu mereka bertemu dirumahnya.Dia tersenyum menghampiri Andrihilda yang sedia menanti didapur.
Puan Zainon tersenyum mendengarkan kata kata Andrian.Dalam diam dia mengagumi keberanian Andrian berterus terang begitu dihadapan mereka.Sekurang kurangnya dia tahu anak gadisnya disayangi orang yang berwibawa dan bakal menjadi pemimpin yang baik.
“Pihak kami tak ada halangan Datuk.”ujar Datuk Farhan yang tertawa kecil memandang isterinya.Mereka menganggukan kepala serentak memandang ibu bapa Andrian.
“Rean minta maaf kalau dianggap kurang sopan uncle.Sebab dah terlalu lama Rean tunggu In.Dah tak sanggup nak tunggu lama lagi.Sebab tu Rean tak mahu buat majlis akad nikah tu..er maksud Rean bertunang tu tak buat,er…maksud Rean buat majlis tunang tu …cuma…..”kelam kabut Andrian menyusun ayatnya.
Tunggang langgang. Terbalik pula tu!In dan Andrihilda yang mendengar dari balik dapur tertawa mendengarnya.Dalam hati dia bersyukur kerana masih ada cinta untuk lelaki itu.
“Ya Allah budak bertuah ni!Cuba cakap perlahan lahan.”tegur Datin Horsia.Mereka ketawa melihat Andrian yang gugup.Tadi bukan main tenang lagi lagaknya.
“Macam ni mama.Rean dan In dah bincang.Kami setuju buat majlis bertunang tu serentak dengan majlis akad nikah.Belah pagi kami bertunang lepas tu lepas Zohor baru majlis akad nikah diadakan.”
Andrian menyusun bicara setelah reda rasa kalutnya.Dipandangnya wajah orang tua mereka yang hanya mengangguk tanda memahami dan merestui pilihan mereka.